Thursday, September 9, 2010

Terjebak dengan Babywearing

Babywearing. Pernahkah anda dengar istilah ini? Ya/Tidak/Macam ada.


Hakikatnya, babywearing ("BWing") bukanlah satu fenomena baru, tapi telah wujud sejak dahulu lagi. Zaman dulu2 ibu2 terpaksa multitasking buat kerja rumah dengan anak menciak, mereka wear their babies dengan mengendong menggunakan kain batik/cadar/tuala/dll, apa2 sahaja fabric yang cukup panjang dan agak kukuh sudah memenuhi syarat.

Kebaikannya? Banyak... antaranya adalah mengeratkan hubungan antara ibu dan baby (bonding). Baby memang telah 'dibalut' selama 9 bulan di dalam rahim ibunya. Jadi, bila 'dipakai' selepas dilahirkan adalah semula jadi. Dan itulah advocacy BWing, Nine In, Nine Out (NINO).

Aku mula terjebak dengan BWing ni sejak aku menonton videoclip di youtube, minah saleh ni lilit2 kain panjang (yang lawa) kat badan dia dan 'memakai' baby dia, ala2 baby carrier lah. Tapi ada banyak ilmu di sebalik BWing ni. Baby punya seating position, fabric yang sesuai/tahan lasak/mampu dimiliki, dsb. Memang sesuatu yang baru bagiku, dan sangat menarik!

Secara tak sengaja, aku terjumpa forum malaysianbabywearers.lefora.com. Di sinilah aku mula mendalami ilmu BWing dengan tunjuk ajar dari rakan2 forum (thank yous!)

Perjalanan BWing ku bermula dengan kain batik lepas mak aku, aku buat rebozo style dengan slip knot yang aku pelajari di wrapababy.com. Kemudian aku terjebak lagi dengan membeli pelbagai jenis fabric di Kamdar untuk dijadikan 'wraps' DIY, dan mungkin akan berkunjung lagi ke kedai kain yang tersohor untuk mencari lain2 jenis fabric pula. Kemudian aku telah membeli 1 pouch (yang murah2 ja, baru nak trykan..) at maimomma.com. Hari tu arrived, aku dah terus pakai, sambil BWing sambil masak juadah berbuka puasa. Suamiku yang pulang kerja lewat turut kagum dengan apa yang dilihatnya haritu hehe :)


Adakah aku akan terjebak lagi dengan wrap yang sebenar2nya (natis, giras, hopp, didymos, CGW, dll - collectively referred as 'stash') yang mana adalah 'woven' material dan harganya pun ehem2 tu? Sukar untuk dijawab kalau ada orang nak jual 2nd pada harga yang aku affordable maybe aku akan go for it. Nak rasa gak camne woven wrap yang mahal2 tu. Selain wraps, BWing gear juga termasuk Sling, Pouch, Mei Tai, Soft Structured Carrier.

Unfortunately, kat JB ni sangat kekurangan BWer. Tak seperti di KL & Penang komuniti BWer di sana gather frequently, boleh bertukar2 pendapat & stash2 so dapatlah merasa sebelum mereka melaburkan wang dalam stash2 tersebut.

Adakah budaya BWing ini bakal melanda selatan Malaysia? Jawapan tiada padaku...