Saturday, June 26, 2010

~ Akulah Mr. Mama ~

Kami singgah ke Putrajaya semasa dalam perjalanan pulang dari KL ke JB, saja nak tengok2 sebab Ayah belum pernah sampai dan round2 di sana.

Dapatlah tangkap 1-2 gambar kat depan bangunan pejabat PM, depan masjid Putrajaya secara solo (sebab Qifah dan Toknek berada dalam kereta mengambil angin air-cond, kat luar tengah panas, jam 1 tengahari lah katakan...).

Untuk lunch, kami hinggap ke Alamanda sambil untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan. Ayah yang gigih mendukung Qifah dalam carrier yang telah tertidur akibat kepenatan berpusing2 di kota Kuala Lumpur (bukan sesat). Lunch pun terpaksa memegang Qifah yang enggan bangun - difficulty rate: normal sahaja. Mamanye? Ya... dia makan secara perseorangan sambil mengambil gambar.

P/s 1:
Terdapat satu lagi aksi sukar dipaparkan oleh Mr. Mama semasa berada di Alamanda. Kejadian berlaku di baby's changing room hehehe... tapi it's for us to know and for you all NOT to find out. Memang Mama tabik spring kat Ayahlaaa...

P/s 2:
Terjadi kejadian semi-mencemaskan di mana Toknek menghilangkan diri selepas solat. Terkulat-kulat aku menjengah di sekitar Alamanda, nasib baik tak jauh perginya. Sighs~ Nasib baik aku takde sakit jantung...

Saturday, June 19, 2010

Blackout!!

Entah kenape, pagi2 ni opisku blackout pulak (ya, kami masih lagibekerja pada hari sabtu :'{). Lama pulak tu..ngetest2 pun tak idupgak.

Aku yang tengah ngepam sesi pagi turut terbantut. Tapi nasib baik dahkuokan susu, adalah sikit, lega sikit rasanya..

Ohhh..karen telah kembali. Sila sambung keje ye, warga Kulim!

Wednesday, June 16, 2010

testing upload gambar banyak2 pulak

Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3



Percubaan meng'upload' gambar lagi..terpaksa edit dalam format html sebab pakai htc legend. Rasanya kalau pakai laptop leh edit thru 'Compose'

Yang penting, renamekan gambo yang nak di'upload' betol2 supaya kita tak keliru nanti.

Testing 1..2..3..

Browsing through function tab untuk bloggers di blogspot.com, terjumpa pulak function ni, tulis from email and directly posting to our blog page.

 

So, entri ni adalah testing semata-mata, di sambil mencuba untuk meng'upload' gambo si cilikku.

 

Kalau entri ni kuo, berjayalah maknanye.

Tuesday, June 15, 2010

5.6 kg

Sebenarnya saya bercadang untuk memblog secara chronological,tapi asyik tak sempat je..banyak betol keje, kat opis pun ye, kat umah pun sama, sejak si cilikku Qifah lahir ke dunia. So, saya terpaksa memblog as-and-when-free jelah..pardon me kalau citernye tunggang terbalik..

Qifah dah 3 bulan & gi monthly check-up semalam. Ku fikirkan Qifah dah at least 6 kg sebab makin dukung terasa beratnya bertambah & badannya pun semakin chubby kianhari, tapi rupanya baru 5.6 kg je.. feelingku berbaur: bimbang sebab baru naik setengah kg dari bulan lepas; relieved sebab tanganku ada masa untuk adjust kepada beratnya yang meningkat secara gradual.

Sepupunya yang lahir awal 4 hari, Irfan Wafiq, dengarnya dah dekat 9 kg. Wow!! Pasti ibunya bertambah mantap muscle mendukung, memandikan, mendodoikan dll..tabik Kak Ros!

P/s: Nak upload gambo tapi kena pakai laptop.. malasnye saya nak on laptop yang gedabak tu bila dah selalu pakai HTC Legend milik suamiku ni. Teringin gak nak angkat 1, huhu..

Saturday, June 12, 2010

Satu Penghijrahan

15 Mac 2010 - satu tarikh keramat bagi saya. Cinta hati saya - Tsaqifah Insyirah - selamat dilahirkan. Secara rasminya, I am a Mother.

Penghijrahan inilah yang mendorong saya memulakan blog ini, berkongsi suka duka pahit manis sebagai seorang Mama.

Oklah, enough with all the ayat2 skema..intro je nak bunga2 sikit..bear with me,ok?

Guys & gals, nantikanlah entri seterusnya..