Friday, November 26, 2010

First night with 'the little stranger'

Pagi ni tiba2 terjaga, tengok si kecik tu tengah nyenyak tido kat sebelah, mulut muncung abis! Ikut Mama dia lah tue...
Alih2, aku teringat malam pertamaku dengan 'si dia' - bukan Ayahnya lah, tapi ngan si kecik tue ler...Qifah a.k.a. Cip
Cip lahir pada Isnin, 15 Mac 2010, jam 11.16 malam. Lepas 2-3 jam lepak kat dewan bersalin, kami disorong balik ke wad pada pukul 2.30 pagi. Ayahnya pun dah lepak giler, stay kejap making sure everything is in place (lagipun hospital gomen ni strict, tak bagi visitor waima suami stay overnight), dia pun tinggal aku berdua2an dengan 'the little stranger' tu.
Pelik betul rasanya di hati bila aku tenung muka si kecik tu. Perasaan masih lagi berbaur2, gembira, relieved, penuh tanda tanya, gemuruh, segala2nya bermain di fikiranku. Dan yang pelik lagi, lepas berhempas pulas kat dewan bersalin tu, aku terasa semacam segar, tak mengantuk pulak tengah2 malam buta tu.. siap boleh makan nasi + sup daging yang mak aku bekalkan malam tadi.
Si kecik tu tidur nyenyak je dalam basket. Aku nak dukung dia tidur sebelah kat atas katil, tapi rasa kekok pulak tak reti nak dukung budak yang masih lembik tu, and takut pulak nanti terjatuh dari katil. So aku just tengok je dia dari katilku. Aku rasa wad tu sejuk giler dengan aircond terpasang, lantas ku tutup, takut si kecik tu tak tahan. Baru kenal dunia 2-3 jam je...
Malam pertama kami, masih segar lagi dalam ingatan, macam baru semalam, serious! Tup2, budak ni dah 8 bulan setengah, dah besar, dah pandai merangkak sekarang nak papah2 belajar berdiri, dah pandai cakap 'mam mam mam' mintak makan. Alhamdulillah, Cip membesar dengan sihat dan cergas. Sikit tahun lagi dah masuk tadika, UPSR, universiti, berkahwin.... eh, terjauh pulak memandang ke hadapan. Tapi hakikatnya, memang kita seakan2 tak perasaan proses pembesaran budak2 ni adalah begitu pesat. The next time kita kenang balik, rinduuuuuuuu sangat rasanya.
Sekian sahaja entri emoku pada kali ni, semoga berjumpa lagi di lain entri, tada!

No comments:

Post a Comment