Thursday, November 4, 2010

Kembali berCD

First time ku dengar istilah kain lampin moden (modern cloth diapers/CD) masa tengah preggy. Masa tu tekun mentelaah website2 yang berkenaan, sebab tertarik dengan konsepnya yang mesra alam (tak seperti disposable diapers a.k.a. dispos yang makan bertahun2 untuk reput), semula jadi (lesser chemical exposure compared to dispos), keceriaannya (warna-warni & cute prints), and of couse - cost-saving. Konsepnya adalah sama dengan sistem kain lampin yang digunakan mak2 kita masa kita baby dulu, cuma mechanismnya telah diubahsuai untuk penggunaan yang lebih efisien (macam iklan minyak kereta pulak...)
 
CD pertama yang ku jumpa adalah Lunatots. Boleh dikatakan banyak masa kat opis (ooops! read: masa lapang) ku penuhi dengan melayari weblog tuan empunya kedai & online shop nya. Selain daripada berCD, weblognya juga banyak menekankan kepentingan breastfeeding. Secara tak langsung, membakar semangatku untuk mengCD & mengBF selepas bersalin nanti. And yes, I bought the package of 5 Lunatots snap button CD ketika aku 6/7 month pregnant, sebagai permulaan. Kalau nak full CD, 5 helai memang tak cukup.
 
Namun... hasratku untuk berCD jangka panjang agak terbantut sebab Qifah, sama seperti newborn (NB) yang lain, poo dengan kerap pada peringkat awal. To be exact, they poo with explosion and runny~. Dapat jugaklah ku CDkan Qifah beberapa kali, dan selepas 1 incident 'kebocoran' dan banyak incident mama-tak-larat-nak-cuci-CD-hari2, CD2 tu pun jadi bahan simpanan je. Memang agak mencabar mengCD NB bagiku yang baru bergelar ibu dan baru menjalani hidup baru secara total (tak cukup tidur, penat bersalin tak hilang, dsb).
 
Dalam tahun ni, ku stumbled upon Malaysian Babywearer (MBW) forum (seperti entri yang lepas). Di situ, semangat berCDku kembali membara. Plus, Qifah pun dah agak besar (at the time of writing - 7.5 months) dan poopoonya tidak sekerap dan se-runny dulu. Ku fikir2, sistem CD ni mungkin boleh kucuba sekali lagi. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan yang jitu, aku mula mengCDkan Qifah secara part-time (pada waktu malam & weekends). CD stash pun ku kumpulkan dikit2. Sakit ooooo nak beli sekali banyak2. Online shopping frenzy sekali lagi melanda. Rambang mataku melihat design yg cute2 semua tu...yang penting, beli 1-2 dan cuba dulu. Kalau sesuai baru tambah lagi.
 
2nd batch ku beli dari SentuhanBayu.biz, their own Bayu diapers & Autumnz diapers. Masa ni aku beli tengah ada promotion, memang sangat berbaloi2 (iklan celcom pulak...). InsyaAllah akan ku postkan 1 entri khas untuk review Lunatots, Bayu diapers & Autumnz. 3rd batch is coming - brand Coolababy. Brand2 ni semua masih lagi dalam lingkungan affordable bagiku. Ada banyak lagi imported/local brands yang harganya, ehem2, not my league laa if nak beli...
 
Read more about CD at the followings:
 
Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang CD, ku bersedia memberi maklumat selagi ku tahu - masih mengumpul pengalaman lagi...

No comments:

Post a Comment