Wednesday, July 14, 2010

Ngepam di tempat kerja

Sebelum naik keje (& sebelum beli Spectra 3), aku dah terbayang2 di manakah tempat yang bakal ku jadikan tempat 'buat projek' - bilikku sendiri yang ada clear window sebesar tidak, surau, ruang legar kat Ladies, pantry (ohhh tidak!!), conference room? Aku terbayang2 lagi ragam ku dengan pam Pureen pertama ku (kini telah menjadi teman setia adik iparku, i think...), 15 minit sebelah pun mau2 30 minit bakalku habiskan masa ku di tempat2 itu. Rasa macam tak nak teruskan BF je.

Tapi Alhamdulillah, setelah ku beli Spectra 3, segala kekusutan menjadi mudah. Tempat buat projek - bilikku dengan ber'cover'kan monitor 17", insyaAllah, Allah permudahkan usaha ku. Dan setelah hampir 2 bulan aku naik keje, tiap2 hari bekerja akan kuluangkan masa untuk pam. Tak perlu masa yang lama, hanya untuk meng'set-up' sahaja. Lepas tu aku menaip, membaca screen macam biasa. Dulu, motor Spectra 3 tu aku letak atas meja sebelah CPU (sebab tak beli beg Stylo Mama yang ada lubang di belakang untuk soket & lubang di depan untuk 'connect'kan tiub). Kantoi jugak sekali dua dengan colleague lelaki sebab depa boleh dengar gak the rythmic suction sound tu. La ni aku dah sambar beg Stylo Mama tu, senyapla sikit and tak payahla den kuo masukkan motornya. Save3.


Rutin harian ku pada hari keje:
7 am: Kuokan EBM yang dah masukkan dalam botol 2oz malam sebelumnya, masukkan dalam cooler bag Simple Dimple yang chomel tu, masukkan sekali icepack techno ice (8 bar). Siap sedia ke tempat pengasuh Qifah - Mak Esah (3km away from opis aku).

7.40 am: Sampai umah Mak Esah, Qifah masuk dalam buai, EBM masuk dalam fridge Mak Esah (TQ Mak Esah bagi tumpang). Pas cium Qifah aku beredar ke opis.

8.10 am: Sampai bilik, on PC, set-up Spectra 3 (botol, tiub, breast-shield) siap sedia untuk pam anytime. Masukkan icepack dalam freezer kat pantri (Alhamdulillah kat opis ada fridge, beso gedabak lak tu, jenama Panasonic lagi).


9 - 10 am: Selalunya aku pam waktu ni sebab kadang2 Qifah BF before work, so takes time untuk build up stok di dalam. It takes only 20 minutes sebab aku pakai dual pumping. Abis 20 minit, aku relax dalam 5 minit baru ke pantri untuk simpan susu dalam fridge dan membilas perkakas. Tiub aku tak bilas sebab pernah bilas sekali dua, tapi tak sempat kering untuk next pumping. Aku bilas pakai air paip je, lap/biarkan kering.


2 - 3 pm: Pam lagi. Kalau hari tak puasa memang kena pam at least 2 kali kat opis. Kalau tak abis leaking semua. Hari puasa kadang2 tak sempat aku pam sekali je. Ideally, pam 3 kali dalam waktu pejabat (8am - 5pm = 9 jam, so 3 jam pam sekali). Paling tidak pun, 2 kali laa (sebagai friendly reminder untuk diriku sendiri jugak...)


5 pm: Kadang2 aku pam sebelum balik umah kalau dah penuh sangat. Time nak
balik, aku masukkan EBM dari fridge dalam cooler bag + ice pack yang dah keras balik tu. Fetch Qifah (baju kotor + botol 2oz yang dah siap dibasuh & dibilas air panas oleh Mak Esah).


6 pm - 8 pm: House chores - masak, dinner, cuci baju, sental baju Qifah kalau kena spit-up, lipat baju, dsb. Keringkan botol 2oz yang bersih tadi.

9 pm: Masukkan EBM dalam botol 2oz untuk bekalan esok. Cuci perkakas + botol simpanan yang dah kosong. Masa ni baru aku rendam air panas segala perkakas termasuk tiub. Keringkan sepanjang malam.

Gitulah rutin harianku. Sampai hari ini, masih ku praktikkan (tanpa jemu...?) demi Qifah mendapatkan nutrien yang sempurna daripada susu Mamanya sendiri.

p/s: Insipirasi ngepam di tempat keje ni aku 'dedicate'kan pada Pn Suraya of diyaluna. Sebab baca artikel dia pam kat workstation lah membuatkan aku percaya, aku BOLEH buat sepertinya juga! Thanks, Pn Suraya!

2 comments:

  1. alhamdulillah, murh rezeki Qifah :)
    saje nk share...
    better pam kat ofis tu secara konsisten n waktu yg sama utk pengeluaran susu yg lebih efektif.. insyaallah...

    ReplyDelete
  2. Hi Laila,
    Ya,skrg mmg try pumping pd waktu yg sama, tp 2x je sempat :p
    Alhamdulillah,masih mencukupi..

    ReplyDelete