Thursday, July 1, 2010

Breast Pump


Banyak first-time parents yang teruja akan ketibaan si kecil. Selalunya, segala keperluan si kecil akan diteliti dan dibeli secukupnya. Baju (my fave online shopping item), toileteries, stroller, car seat dan sebagainya. Akan tetapi, sesuatu yang paling penting sering dilupakan - keperluan penyusuan si kecil sekiranya ibu ingin meneruskan breastfeeding selepas naik bekerja.

Begitulah yang terjadi kepadaku. Penuh sebakul barang2 baby dikumpulkan sehinggalah Qifah kena masuk ward sebab demam dan jaundice pada hari ke-4 selepas kelahirannya. Kerana luka berdarah, aku tak berani nak direct feed Qifah semasa di ward (takut susu bercampur darah). Barulah tergopoh-gapah mencari breast pump sebab nak bekalkan susu ibu kat dia. Masa tu main rembat je battery-operated pump jenama Pureen kat Kotaraya berharga RM120 (gitulah...). Tapi pengalaman mengepam tu rasanya macam payah sangat, mungkin sebab tak baca langsung tentang breastfeeding masa pregnant dulu. Teknik2, cara penyimpanan, etc, semua buat last minute reading. Last2, Qifah terpaksa minum susu formula kat ward and breast pump tu masuk dlm kotak balik. Macam membazir je...

Sehinggalah 2 minggu sebelum aku naik keje, kebetulan ada follow-up check-up ngan Dr. Saripah (doktor yang meng'check' aku setiap bulan masa pregnant & sambut Qifah masa kelahiran, TQ Doc!). Barulah aku realise Qifah perlu buat latihan menyusu dari botol & the need to stock up frozen Breast Milk ("BM") in case stock susu tak cukup, especially aku yang banyak outstation job ni. Terkial2 aku buat stock, bagi latihan bottle-feeding kat Qifah. Nasib baik ada lagi 10+ days untuk Qifah biasakan diri dengan botol. Tapi bab nak ngepam tu memang makan masa dan melenguhkan tangan. Not a very pleasant experience, i tell u...

Dan dalam 10+ yang tinggal tu lah aku bercongak2 - nak beli electric pump Spectra 3 with extra brest shield or not? Dah banyak tengok review, especially kat diary Mama Luna (breastfeeding article Mama Luna best2 and senang difahami), macamane cara dia ngepam kat office cubicle, membuat aku bersemangat untuk terus mengepam untuk Qifah. Spectra 3 ni boleh dikatakan the most affordable and efficient breast pump in the market, currently. Brand Korea. Tengok kat littlewhiz.com masa tu kebetulan ada sale. Selalunya 1 set (1 brest shield) normal retail price RM388. La ni, 1 set + extra 1 set brest shield (untuk dual pumping), baru RM389.90. Bak kata iklan celcom:"Berbaloi2!". Dan dengan teknik yang betol, both hands will be free, boleh buat keje sambil pump (jimat masa oooooooooo). Maka aku pun sambar satu untuk ngepam di office bila mula bekerja nanti (nasib baik ada bilik sendiri, senang nak men'set-up').

Moral of the story: Untuk ibu2/bakal2 ibu, spare some time to read up on breast milk, breastfeeding and stuff. Dan jika anda berazam untuk memberikan susu ibu secara ekslusif, it's worth it to invest in a decent and efficient electric breast pump like Spectra 3. So far, saya amat berpuas hati dengan kebolehan mesin Korea ni. Sehingga ke hari ini, Spectra 3 menjadi teman setia ku pergi balik kerja. Akan ku ceritakan lagi dalam episod seterusnya pengalamanku mengepam di office dan di surau. Tunggu...!!!

2 comments:

  1. hi nina!!! welcome to the blogger world! :)

    eh, u pn beli frm littlewhiz eh? me too. tapi i beli trs kat kedai dia la.. sbb kn dok kl..

    gud luck in ur bf-ing journey! :)

    ReplyDelete
  2. Opkos la online ika.. i dok jauh nun di jb.. bnyk gak hangus kat littlewhiz tu..huhu..

    Good luck to you too!

    ReplyDelete