Tuesday, July 6, 2010

Qifah's first trip to KL

5 Jun aritu Qifah, Ayah & Mama gi KL, nak attend wedding Auntie Yana. Kita orang konvoi (secara tak sengaja) ngan Tokbah & Mamatok semua (jumpa kat highway). Kita orang tido kat The Zone KL, dekat2 dengan KLCC sana. Alhamdulillah, dengan berkat Mama yang selalu outstation kat Jalan Ampang, kita orang selamat sampai ke hotel tanpa sesat2.

Malam tu nak gi survey jalan ke umah Tok Tam. Sesat. Pakai hp ada GPS pun sesat camne tu? Adalah dekat 1 jam berpusing2 di tengah kota. Nasib baik kita orang dah santap kat Kg. Baru. Sodap gak lah walaupun tak jumpa Nasi Lomak Antarobangso tu...


Esoknya Qifah, Ayah & Mama santai je. Makan breakfast, amik gambo kat swimming pool berlatarbelakangkan Twin Tower. Pastu check-out, kita orang gi jalan2 kat KLCC jap ngan Auntie Onnie. Mama gi Toys R Us lama tapi belikan Qifah benda seciput je...


Malamnye kita orang tido kat Golden City Condo. Tak best lah tempat tu. Malam tu Mama berkobar2 nak gi Ikea. Tapi kita orang sesat lagi di tengah kota. Last2 gi Times Square je, tu pun dah jam 9.30 malam, kedai dah nak tutup. Sempat gi Cold Storage je, beli makanan untuk esok huhu...sodehnyo den...

7 Jun (Isnin) kita orang nak balik JB dah... Ayah sempat melencong ke Putrajaya sebab tak pernah sampai. On the way balik kita orang terjumpa Tokbah & the gang lagi kat R&R Ayer Keroh. Sampai umah Tokbah, tukar keta, balik Bandar Dato' Onn. Penatnye Qifah...

p/s:
Sila pastikan GPS anda berada dalam keadaan baik jika anda tak reti nak jalan2 di KL. Walaupun KL tu sekadar dua kangkang kera je, berpusing2 camtu tu pun berkilo2 meter, bergelen2 jugak minyak abis oooo...

No comments:

Post a Comment